Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Tuesday, June 26, 2012

review MAM Manual Breast Pump

actually nk ckp review pun takleh lagi sbb tak guna pun lagi..sbnarnya target ummi untuk 2nd baby ni nk wat ebm mintak2 la berjaya..tak mau jadi cam raziq dulu semangat berkobar2 sgt akhirnya memakan siri sendiri..pelbagai msslah plus kurangnya ilmu tentang ebm ni...sebenarnya ummi target nk dptkan pump spectra 3 electric pump..ermm yang tu paling affordable untuk electric pump..last2 masa peknen 5 month akak call ummi ckp dia belikan manual breast pump yang brand MAM..so apa lagi kena hold dulu la nk beli spectra 3 try guna dulu MAM manual breast pump ni.ermm ummi ada survey kat forum2..rat2 puas hati ngan MAM..lebih ringan n mudah cuma kalo side yang buruk skit lebih lmbt compare to electric pump la..of course la kan.harga pun lebih murah..tapi tak salah kalo try dulu..leh save budget..kalo tak mahu melayang jugak 400-500 nk dptkan complete set pump electric ni..xpoe kalo berjaya ebm mmg berbaloi compare to beli FM kan?  insyallah ngan apae yang saya survey mungkin kali ni berjaya kut ebm sy..

ok wo go through to MAM manual pump ni... ni la rupanya gmbr ni ummi print screen dari CD yang diberikan dalam kotak MAM manual breast pump ni

Ni antara part yang terdapat pada MAM manual breast pump..


ok ni step pertama.. pusing2 cam gitu bukan susah pun untuk bukak dia nyer part :)

2nd step tadaaaa dh bukak pun..


3rd step masukkan handle pump di botol


 4rd masukkan n pulas funnel keatas..


MAM manual breast pump jugak  leh wat adjustment beberapa step untuk mengurangkan atau menambahkan kelajuan pump ..coolkan ?


ok ni cara cam ne nk cuci part2 breast pump..leh gunakan air suam ke air panas ke sabun baby yang cuci botol tu..guna span lembut..sumer part leh cuci..termasuk handle tu ye.. :)

setelah cuci ..nk sterelise 3 part breast pump (funnel, valve, handle) ada 3 cara iaitu rebus air panas, sterelise guna alat streamer @microwave atau air suam biasa.. AKAN TETAPI




 HANDLE TIDAK BOLEH DI STERELISE MENGGUNAKAN MICROWAVE... ini kerana risau spring didalam handle untuk perlarasan akan rosak..lagipun pasrt ni tak kena susu pun.so cuci n sterelise gitu2 je..:) ermmm 


ummi dh bnyak kali ni tgk cd ni...tak sabar nk guna..hehehhe mintak2 la berjaya menggunakan pump ni..kalo berjaya ummi just perlu beli :

  1. cooler bag
  2. storage bottle n ziplock back
  3. ice pack 
actually ummi dh survey kat sini


coolkan cooler bag yang baru..lebih trendy /polka dot gitu :)

ni persediaan untuk masuk keje pas  cuti 2 bulan bersalin nanti...

DOAKAN UMMI BERJAYA MELAKUKAN EBM UNTUK 2ND BABY NI..AMIN..... TERIMA KASIH!


Wednesday, June 20, 2012

set bersalin

pengalaman melahirkan raziq tak bnyak dapat saya praktiskan untuk yang kedua ni..tapi banyak perkara yang ummi nk wat untuk raziq tapi tak terbuat ummi applykan untuk baby yang 2nd ni.. katil, baju, toys and every single thing..ermm sampai ada yang ckp sian kat raziq..dulu ummi tak bersiap cam ni pun kat raziq..bukan jgn salah faham dulu banyak kekangan dan ummi tak banyak didedahkan dengan online shopping n bagai2 ni..so skrang ummi dh pandai sedikit..raziq jgn jeles ek sama je ummmi layan..raees nga raziq sama je dua-dua ummi sayang..

ok actually setelah lama ummi meninggalkan blog bukan merajuk cuma agak sibuk ngan survey tah pape n sibuk ngan facebook ..sibuk ngan kerja so taksempat nk post ape2 pun kat blog ni...so skrang ada masa terluang sementara tunggu masa nk deliver ummi sambil tolong auntie sha n wani setup dianya blog so ummipun godek2 la balik blog yang dh bersawang giler ni..kalo nk bersihkan mahunya kena selsema ummi nanti..ummi nak amik kesempatan post entry kali ni untuk citer tentang set bersalin..kalo dulu raziq ummi beli set bersalin leesa formula.yang complete set..lepas guna tu ummi mcm menyesal la beli mahal2.tp cam tak berbaloi ..bnyak produk tak guna pun...cam tungku bayi, ubat2 krim..seingat ummi ummi makan pil dia je..tupun ummi kena beli ubat kat klinik pancho---> biasala bila dh org kelantan bersalin 2 keda je kami tuju...either klinik pancho atau kedai cino cabey..heheheh :)...bukan murah 50 something jugak la ubat2 dia..

tapi bila last2 nk dekat bersalin ni.ummi cam tertarik ngan set bersalin nona roguy la..jumpa la dealer yang murah..ada 2 kawan suggest mmg terbaik set bersalin nona roguy.. bagus untuk tambahkan susu..buleh untuk hilang sakit urat2 n lenguh2..bau nya harum.luka cepat sembuh..cam bnyak..2 orang tu bukan org lain.satu my best friend suzie dan anak buah ummmi sha ...ermmm so ummi dh pikir masak2 ummi nk beli la set bersalin nona roguy takpe guna duit yang nk beli breast pump dulu la ek..sb ummi dh ade breastpump manual MAM..so try la pakai yang tu dulu..


Set Bersalin Nona Roguy


Set Bersalin Nona Roguy


Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman
b. Akar Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan dalaman
c. Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
d. Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar
e. Herbanika Lulur (100 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
f. Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar
Phytonatal
90 tablets (30 hari) - 140.00 / 180 tablets (44 hari) - RM205.00

Untuk di makan

Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Cara pemakanan

Bersalin Normal - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)

Dosej Kapsul

A. Untuk Kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
b. Bagi yang sembelit harian (3-5 biji pagi / 3-5 biji tengahari / 3-5 biji petang / 3-5 biji malam).

Dosej Paket

A. Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)

B. Bagi yang sembelit Harian
( 2pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)


Krim Herbanika Barut
RM55.00 - 60 gm

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Mengamalkannya :

a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.

c. parut dan jalur pecahan pada perut.

d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang


Cara Penggunaan

Diamalkan bermula hari ke 4 – 40

a. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).

b. Sapu Herbanika Barut Krim ke seluruh perut dan pinggang.

c. Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

d. Pakailah bengkung.

e. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

f. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.

g. Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Hernanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut Krim pada sebelah petang atau memilih salah satu.

Untuk Kegunaan Luar

Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.


Serbuk Herbanika Barut
RM60.00 - 150 gm

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Mengamalkannya :

a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.

c. parut dan jalur pecahan pada perut.

d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

Cara Penggunaannya :

1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

Sebelum menggunakan Herbanika Barut. Lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.

Lakukan 2 kali sehari.

Pagi (di gunakan selepas mandi)

Petang (7 mlm) - Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi.

Perhatian

Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.

Cara penggunaan :

Selepas sebulan

Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.

Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-

a. Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
b. Dapat melangsingkan pinggang anda
c. Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.


Uncang Cuci Herbanika
5 t-baq RM35.00 / 10 t-baq RM70.00 / 15 t-baq RM100.00

Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).

Cara kegunaan:

Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.
Boleh diamal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.

a) Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.

b) Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.

c) Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.


Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar
150 gm RM60.00

Khasiat

Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.

Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.

Cara kegunaan:

a) Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :

1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.

b) Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.

c) Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.


Akar Herbanika ~ Untuk Diminum
15 t-bag RM70.00 / 30 t-bag RM100.00

Khasiat

Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan.

Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.
Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.

Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:

Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia

Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.

Bagi yang bersalin secara normal :

Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin.

Bagi yang bersalin secara pembedahan :

Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.

Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.


Minyak Herbanika ~ Untuk kegunaan luar
130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.

Khasiat

Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.

Cara kegunaan :

Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Perhatian :

a) Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.

b) Bagi yang bersalin secara pembedahan.

Cara kegunaan :

Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang?

Amalan Minggu Pertama

Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum. Minum suam panas.

Amalan phytonatal sepanjang tempoh berpantang - Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:- Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:- Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:- Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40) Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah, lumurkan secukupnya kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari.

Penjagaan harian peribadi :

Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa.

Herba Pembersih harian tubuh.

Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu memberikan kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut.


Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering. Ini adalah bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.

Untuk pemeliharaan payudara

Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan. Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi ,pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.
(info ini di ambil dari blog kak engku )

Wednesday, January 18, 2012

uuuu lamanya ummi tinggalkan blog

sorry la lama sgt tak update blog..bukan ape susah tepon skrang takleh bluetooh kena transfer pakai kabel..kabel kat umah adoi selalu je tak ingat..plus busy gaks ..busy? busy ape ntah heheheh...

ermmm dh berkulat usang tak tahu nk ckp ape..actually skrang ummi officailly peknen yang 2nd means adik raziq la ..dh 15 weeks dh nk masuk 4 months dh..semalam ummi survey salindah..umi nk try for 2nd baby la..tak nak amik neuro gain kali ni.

ermm bnyk juga wish list for 2nd baby ni..untuk 2nd ni jarang sgt scan, makan vitamin haish ummi ni .jgn majuk ye sayang bukan sengaja..dia jadi sendirik..tapi ummi makin rajin kemas umah hehehehe..plus tokma takde kat umah kut...

ummi nk review produk makeup baru nanti ek..plus nk review salindah gaks..esok2 lah tunggu bawak kabel....luv u all