- 100% breast milk
- tak mahu letak raziq dalam buai
- tak mahu berikan raziq solid food (makanan pejal) sebelum raziq berumur 6 bulan
tetapi
selepas raziq dilahirkan ternyata apa yang saya tak inginkan semuanya saya perlukan..:( inilah orang-orang tua cakap jangan celupar mulut masa mengandung..selepas 2 minggu raziq dh tak mahu susu saya..lama2 susu saya kering..:(.selepas 1 month raziq tak mahu tidur atas tilam baliknya bila letak dalam buai raziq terus tidur..dan masa 3 bulan saya dh mula bagi nestum campur dengan susu..tapi dalam kuantiti yang sedikit..alasan paksaaan dari orang tua..:(..tapi saya bagi sikit jer plus sekejap sbb masa raziq 3 bulan dia still minum susu on progress.
masuk 4 bulan raziq dh mula kurang menyusu..saya perasan berat badan dia tak naik..tak seperti dia semasa 2 bulan ---> 3bulan..berat badan nya naik..ye saya tahu biar berat badan naik sikit..janji naik tapi bagi saya kenaikan berat badan yang sedikit merisaukan saya memandangkan raziq tak menyusu badan..hanya bergantung pada susu formula..sekiranya dulu raziq enggan minum air masak sekarang dh jadi terbalik..dia makin kurang menyusu sebaliknya air masak pula menjadi pilihan utama si comel ku itu..:)
jadi terdetik di hati saya melihat biskut baby..lantas tanpa berfikir panjang saya membeli dan memberikan kepada raziq..alhamdulillah pada hari pertma raziq makan biskut yang dicampurkan dengan susu sedikit, dia cam hepi.senyum2 je masa makan..:) pada awal permulaan saya hanya beri sekeping untuk 3 hari sekali..lepastu saya beri setiap hari..2 hari lepas dari sekeping saya tambahkan menjadi 2keping..tp raziq tak habis pun..1 1/2 je dia makan.
lantas hari ni cama ada masa free plus raziq demam plus susu mmg dia tak nak..huhu saya bertekad surf tentang solid food for 4 months old..dan hasil pencarian saya..saya dapati langkah saya betul takde la salah..sbb dalam satu website ..dia menyatakan sesetengah pakar nutrisi mencadangkan makanan pejal boleh diberikan pada permulaan 4 bulan..TETAPI kita tidaklah perlu memulakan dengan cereal. sebaliknya dia mencadangkan kita menggunakan buah seperti avacado ataupun pisang..
jadi langkah saya yang saya pilih sekarang iaitu memberi raziq solid food seawal usia 4 bulan adalah tindakan yang betul tanpa menjejaskan kesihatan raziq.ada juga yang mengatakan dalam sesetengah forum, mereka memberitahu kita boleh memberikan makanan pejal kepada bayi seawal usia 4 bulan AKAN TETAPI sekiranya bayi kita alergik kepada makanan yang diberikan.kita haruslah hentikan pemberian makanan pejal tersebut.