Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Tuesday, February 16, 2010

ermmm coretan ku

setiap pasangan inginkan kehidupan bahagia..tapi didalam kebahagiaan badai pasti melanda sekali sekala..ermmm setiap pasangan ade masalah tersendiri...setiap pasangan ade sebab untuk bergaduh, berkceil hati..ermmm namum atas diri kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah..takde pasangan didalm dunia ni yang tak pernah bergaduh...jadi bersyukurlah dengan ape yg ade..dan elakkan banding ngan kehidupan pasangan yang lain sedangkan kita tak tahu mcm mana hubungan mereka..

ade orang memilih untuk mendiamkan diri...n biarkan masalah berlalu dengan begitu sahaja...ade juga yang memerlukan teman n keluarga untuk meluahkan perasaan mereka...tapi bagi saya bagaimana cara nya yang penting kita harus berdoa kepada yang Maha Esa..sesungguhnya dia yang maha mengetahui..dan setiap ape yang berlaku ada hikmah nya yang tersendiri...

sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan adelah sesuatu yang jauh berbeza..jika sebelum sanggup melakukan ape saja belum tentu selepas perkahwinan segala kemahuan n kehendak aka dituruti..jadi jgnlah terlalu yakin kepada sesiapa yang belum mendirikan rumahtangga...sesungguhnya manusia boleh berpura2 untuk mendapatkan ape yang mereka inginkan ..jarang sekali mereka ingin menghargai ape yang mereka ada...

dunia ini adil .mungkin...jika si suami penyabar..maka si isteri akan naik toncang nya...tetapi kalau lah si isteri bersabar..maka si suami pula yang mengambil kesempatan memijak2 kepala n maruah si isteri...bila ditegur...diamm jangan melawan cakap suami nanti masuk neraka...kadang2 manusia suka menggunakan halal haram bagi melepaskan kesalahan diri mereka..untuk benda2 yang melepaskan diri mereka hukum hakam agama sering diutamakan tapi bila ada kaitan dengan diri mereka sembahyang, puasa adakah mereka patuh pada ajaran agama??? sesungguhnya orang sebegini tidak akan patuh jika bukan untuk kepentingan diri mereka??

disini saya ingin menegaskan kepada kaum si suami janganlah terlalu bangga untuk menggunakan kuasa utama anda kepada sang isteri....sekiranya anda masih sayangkan isteri anda gunakan lah kuasa tu kena pada tempatnya..janganlah dijadikan senjata untuk mengawal sang isteri tidak kena pada tempatnya...sesungguhnya sang isteri adalah seorang manusia.yang mempunyai hati dan perasaaan..akan tiba suatu saat kesabaran itu hilangkan maka tidak mustahil akan runtuhlah istana yang dipertahankan selama ini..di saat itu sang suami tidak perlu menangis dan menyesal...kerana lumrah kehidupan manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada di hadapan mata....

menghukun sang isteri kerana perkara yang kecil adalah tidak wajar...jangan terlalu ikutkan perasaan amarah yang bodoh..sang isteri pun mempunyai hak yang sendiri..mentang2 hukumnya sang suami seorang ketua tapi tidak salah kalo dibawa berbincang..bukanlah aset sebagai ketua digunakan untuk membuat keputusan diktator..tanpa berbincang ngan si isteri... si isteri pun ada hak yang tersendiri....hubungan yang dibina atas kasih sayang ahruslah saling mempercayai antara satu sama lain, hormat menghormati, berbincang..bukanlah sering menghukum, marah, menengking..itu sumer bukan asas perhubungan yang berlandaskan cinta tapi berlandaskan ketakutan..

hubungan yang takde tolenrasi n kerjasama bukan satu hubungan yang boleh berkekalan..bagi sang suami jangalah mudah untuk melafazkan kata perpisahan..mungkin mereka boleh menganggao sebagai senjata utama untuk mengawal sang isteri..tapi ade pepatah mengatakan kerana mulut badan binasa..nah disini la sang suami perlu menjaga tutur katanya itupun kalo sang suami masih menghargai sang isteri....

bagi sang isteri yang mana sang suami terlalu mengikut kehendak naluri janganlah terlalu yakin panas hingga ke petang..mungkin hujan n ribut akan muncul dipertengahan hari...sang isteri terlalu mudah untuk mendapat dosa.. maka pandai2lah menyesuaikan diri ngan masalah...janganlah mudah untuk mengeluarkan kata2 kesat kepada sang suami sesungguhnya itu dosa yang besar seburuk2 mana suami kita dia tetap suami kita..

jadi hidup didunia ni sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..selagi boleh pertahankan apa yang kita pertahankan selama ini ..teruslah pertahankan...

panjang nya coretan saya...ni takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...:)

No comments:

Post a Comment