- mak diaorg mkn ikan masa ngandung...
- buat matematik..
- main music..
- cam kelakar tp ade logiknya jugak kan?ermm takkan la sy ngamuk suh hubby beli piano lak..nk wat matematik erppp takde masa...so benda paling senang makan ikan...:)...bukan nk suh anak sy tiru perangai yahudi..tp mintak2 dia ada iq yg tinggi hasil dari mkn ikan lagipun tak salah kalo mencuba..bagi org islam pula mengaji quran adalah yang terbaik terutama nya surah luqman..
Suatu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology
telah menguji hubungan antara amalan makan wanita selama hamil dengan
hasil ujian kognitif anak-anak pada usia tiga tahun setelah lahir.
Kajian menunjukkan, wanita yang memakan ikan semasa hamil melahirkan
bayi (di usia 3 tahun) yang kemampuan psikomotor dan kognitifnya lebih
baik dibandingkan dengan bayi yang lahir dari ibu yang enggan makan
ikan waktu hamil.
Anak usia tiga tahun yang lahir dari ibu pemakan ikan setiap minggu
menunjukkan skor lebih baik di atas rata-rata dibandingkan dalam
ujian-ujian yang menguji kemampuan mengingat kosa-kata, visual-spasial,
visual-motor, dan skil motorik. Menurut David Neubauer MD peneliti dari
John Hopkins, hasilnya memang jelas kerana masa-masa paling penting
dalam perkembangan otak bayi adalah sebelum mereka dilahirkan.
Sebahagian besar dari sel saraf manusia dibentuk ketika ibu hamil
memasuki masa trimester kedua kehamilan, ketika proses penting dari
pembentukan hubungan antara sel-sel saraf terjadi.
Kemampuan berfikir dan berperilaku tentu saja adalah hasil dari
berfungsinya otak. Oleh kerana itu gangguan dalam otak yang terjadi
dalam pembentukan awal biasanya akan menyebabkan abnormaliti dalam
berfikir dan berperilaku di kemudian hari.
“Kenapa ikan? Kerana ikan kaya dengan kandungan asam lemak OMEGA 3 yang
dikenal sebagai komponen penting dalam struktur otak”, kata Neubauer.
Namun begitu, Neubauer mengingatkan bahawa tidak semua jenis ikan akan
memberi manfaat kepada bayi. Dia mengingatkan bahwa ikan boleh dicemari
oleh zat kimia berbahaya seperti merkuri, yang akan merosakkan
pembentukan otak.
Faktanya, anak usia 3 tahun yang lahir dari ibu yang makan ikan
tercemar merkuri waktu hamil cenderung mencatat skor rendah waktu
menjalani ujian. Ikan-ikan besar yang berumur panjang seperti tuna atau
ikan pedang (swordfish), yang memangsa ikan lain dan mengumpul merkuri,
adalah dua jenis ikan yang cenderung memiliki kadar racun tinggi.
Jenis-jenis yang terbilang rendah misalnya udang, sardin dan salmon.
sumber :andalas
No comments:
Post a Comment